bermula disaat kecil sebagai sehelai kertas yang kosong,
tidak tahu apa perbeza gula dan garam,
hari melihat aku tanpa rasa curiga,
kerana dia tahu aku gologan yang miskin,
aku cahaya di siang dan padam apabila malam,
burung tetap beterbangan di dalam lautan tanah,
tetapi setelah peringkat usia memamah kulit,
kelibat serangga perosak meghisap cairan otak yang merah,
aku menjadi air mendidih,
panas,
panas,
panas,
hari pertama di jalani dengan tenang,
seterusnya takungan air melimpah tidak dapat menahan jeritan syaitan yang bergulamang,
alpa dan terus alpa,
dunia dan terus dunia,
aku rosak sekian,
tiada cahaya di siang hari dan padam di malam hari,
kereta rosak berpinar cahaya itu,
hanya menuggu jerusan kerbau memamah nyawa,
maafkan aku,
maafkan aku,
burung tiada lagi siulan air,
tapi pasir yang panas menjadi perganti.